Huraian Program Terperinci
Program Revolusi Usahawan Mikro Berbudi Daya (RUMBI) adalah program yang menawarkan enam (6) strategi khusus kepada Usahawan Mikro terpilih dalam pulangan keuntungan bentuk pendapatan, sosial dan hak peniaga yang melibatkan perkongsian daripada pakar-pakar daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Butiran Bengkel
Bengkel Revolusi Usahawan Mikro Berbudi Daya akan dianjurkan pada April tahun 2025 dan 2026 di lokasi tujuh (7) zon iaitu Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah, Sarawak dan Labuan. Lokasi khusus bengkel akan dimaklumkan kepada peserta yang telah mendaftar dan melepasi syarat-syarat sebagai seorang Usahawan Mikro yang ditetapkan oleh pasukan pakar
Pemantauan dan Penilaian Impak
Proses pemantauan melibatkan lawatan oleh pasukan pakar daripada Universiti Awam dan Swasta serta pemain industri jualan makanan dan minuman peringkat antarabangsa yang akan turun ke lokasi usahawan mikro menjalankan jualan dengan berpandukan kepada Enam (6) strategi yang telah dipelajari semasa di dalam Bengkel RUMBI. Proses Penilaian Impak pula melibatkan perbincangan dan perundingan di antara pasukan pakar akademik dan pemain industri makanan dan minuman peringkat antarabangsa yang akan turun ke lokasi usahawan mikro terpilih untuk mendengar pandangan usahawan mikro sepanjang merevolusi perniagaan masing-masing menjadi berbudi daya.
