PENDAFTARAN PERCUMA 1400 orang usahawan mikro yang terpilih di dalam Kursus Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan: Revolusi Usahawan Mikro Berbudi Daya (setahun sekali pada awal tahun 2025 dan 2026).
MODUL PERCUMA (Modul Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya – Modul UMBI).
SIJIL KEUSAHAWANAN MIKRO BERBUDI DAYA kepada peserta yang berjaya melengkapkan Kursus Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan: Revolusi Usahawan Mikro Berbudi Daya.
ELAUN KEHADIRAN RM100.00 kepada peserta terpilih yang menyertai Kursus Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan: Revolusi Usahawan Mikro Berbudi (setahun sekali pada awal tahun 2025 dan 2026).
PERKHIDMATAN PERCUMA kepada peserta yang terpilih dalam program ini untuk perniagaan dirunding, dipantau dan dinilai impaknya oleh pasukan pakar dan wakil industri jualan makanan dan minuman peringkat nasional dan antarabangsa pada setiap penghujung tahun 2025, 2026 dan 2027.
BERPELUANG DIPILIH SEBAGAI VENDOR UTAMA memperagakan produk jualan makan dan minuman di dalam karnival anjuran kementerian/agensi Kerajaan negeri oleh pasukan pakar dan penyelidik.
BERPELUANG MEMBINA JARINGAN BERAGAM dalam bentuk kemudahan perniagaan yang menjana pendapatan dan berdaya tahan.
PENYERTAAN PERUMUSAN SEMAKAN SEPARA PENGGAL Dasar Pembangunan Peniaga dan Penjaja Kecil 2030 (D3PK2030) menerusi saluran rasmi dalam menjamin kepentingan peserta dan usahawan mikro secara menyeluruh.
Syarat-syarat utama sebagai peserta Usahawan Mikro Berbudi Daya
Jualan adalah makanan dan minuman SAHAJA
Pendapatan SETAHUN dalam perniagaan adalah seperti berikut:
RM72,000 dan maksimum 1 orang pekerja
RM72,000 – RM150,000 dan maksimum 2 orang pekerja
RM150,000 – RM225,000 dan maksimum 3 orang pekerja
RM225,000 – RM300,000 dan maksimum 4 orang pekerja